Web Rasmi Kerajaan Negeri Kedah

September 15, 2009

TAZKIRAH YAB MB KEDAH SEMPENA RAMADHAN

ALOR SETAR – Puasa adalah satu tuntutan agama kepada semua manusia terutama sekali kepada umat Islam, berpuasa iaitu menahan makan dan minum berdasarkan kepada Allah, namun agama lain berpuasa berdasarkan kepercayaan agama masing-masing yang tidak didasarkan daripada wahyu.

Bagi orang Islam puasa ini adalah fardu yang ditegaskan oleh Allah di dalam Al-Quran. Sebelum dijadikan manusia ini, Allah telah menyedia segala kemudahan fizikal dan infrasuktur di muka bumi ini.

Demikian tazkirah Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Majlis Ketua Kampung (MKK) di Kediaman Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon.

“Puasa juga mengajar kita menjadi orang yang bertakwa kerana manusia ini diciptakan oleh Allah, maka Dia mengetahui kelebihan dan kelemahan yang ada dalam diri kita. “Kejadian Adam merupakan daripada tanah, maka kita semua manusia di muka bmumi ini adalah berasal daripada tanah, jadi kita semua tidak harus bersikap sombong, bongkak, takbur dan mengagungkan manusia lain. “Allah menjadikan manusia, haiwan, tumbuhan dimuka bumi ini juga secara berpasang-pasangan bertujuan untuk memakmurkan dunia namun kita dipilih oleh Allah sebagai pemimpin iaitu khalifah di muka bumi ini,” ujarnya.

Katanya, manusia dipilih Allah untuk menjadi khalifah berbanding makhluk Allah yang lain kerana Allah mengetahui manusia dapat mentadbir dunia dengan pelbagai cara, dan perasaan. “Selain daripada berpuasa di bulan Ramadhan, bulan ini turut merupakan rangsangan kepada manusia untuk lebih beribadah kepada Allah, banyak kesedaran dan keinsafan yang dapat kita perolehi dan banyak masalah telah menemui jalan penyelesaian di dalam bulan yang mulia ini. Sebelum ini, peningkatan Influenza A (H1N1) menular dengan cepat sekali di Malaysia, namun di dalam bulan Ramadhan penyakit ini berkurangan, ini menunjukkan bulan ini bulan yang penuh keberkatan,” katanya. Menurutnya, pada hari ini, dunia barat dan negara Islan sendiri saling bersaing diantara satu sama lain, mereka meletakkan kayu pengukur kepada sesuatu bangsa, kemegahan, kemajuan dan pencapaian kepada sesuatu bangsa.
Manusia kini menganggap kekayaan kemulian dan kebanggaan harta kemajuan teknologi sebagai kekayaan manusia dan tidak lagi mengganggap kemuliaan dan kebanggan sesuatu manusia itu daripada kekayaan manusia. Walaupun pelbagai kemajuan telah dikecapi namun manusia kini kaya dengan kebencian sanggup merompak negara-negara kecil dalam pelbagai cara. “Walaupun kita di bulan ini digalakkan simpati dan keinsafan kepada masyarakat, namun tidak hanya pada bulan ini sahaja, simpati pada masyarakat perlu berterusan dan tidak hanya untuk bermuka-muka itu dimurkai oleh Allah.

“Bulan ini juga membentuk peribadi, kesopanan manusia serta mengajar erti kelaparan untuk mendidik dan mengalakkan manusia bangun membina, mempertahankan, serta berjuang demi masyarakat dan agama Islam itu sendiri,”katanya.